Feb 3, 2012
Selamat Tinggal Sxanoo Studio
Aug 12, 2011
Puasa sudah..
salam ramadhan semua
PiPi@sayabudakkurus™
- update blog? senarai penulis kurang? tiada bahasa yang mampu menjawab, biar tuhan sahaja yang tahu -
Apr 20, 2011
"Single.."
Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single SANGAT SERONOK !!!
1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantik/seram meremang/komedi tahap guling guling seorang diri atau ke salun kecantikan/kedai games. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah salun ke kedai gunting mamak ke dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend/girlfriend berasa cemburu.
2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola/futsal atau bersama girlfriend ke pusat membeli belah boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend ataupun anak teruna yang mempunyai girlfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Buat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru, mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.
6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend/girlfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impressi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend/girlfriend anda.
Macam banyak lagi, tapi tu je la 6 tips yang di ambli dari tentangcinta.com, sedikit olahan karya untuk buat post nampak menarik dibaca.
Rasanya macam banyak je bila single ni, poket penuh, boleh cuci cuci mata (ehee~)
Yang tak seronok bila 1 rutin harian dah takde macam; pesanan ringkas/panggilan telefon "morning~~"
Mozilla 4 memang teruk oke biarpun cantik wekwekwek~ tapi telah mematikan IDM (mari curik flv!) dan icon icon comel blog nih grr~
< copy paste entry lama!!
PiPi@sayabudakkurus™
Nov 11, 2010
Kekasih Biasa VS Kekasih Sejati
Ni mungkin post terakhir dari saya..
Jadi kalau ada salah dan silap..
Na mintak maaf la..
Sebab ape post terakhir?
Selepas ini aktiviti dunia maya saya akan terhenti untuk seketika..
"I gonna rindu U STREAMYX!"
Ingat cerita broadband yang telah saya buang tak, hahaha..
Post harini datang dari 1 notes yang saya rasakan menarik..
Bukan ape, sebab ia berkaitan dengan diri saya..
So, sharing is caring, copying then paste!
KEKASIH SEJATI: selalu ingat senyum & tangis pada wajah kamu..
KEKASIH BIASA: tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur..
KEKASIH SEJATI: tidak kisah bile2 pun..asalkan..kamu menghubunginya..
KEKASIH BIASA: selalu mendoakan kebahagiaan kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu mendoakan kebahagiaan kamu,dan berusaha untuk membahagiakan kamu.
KEKASIH BIASA: setiap detik menunggu panggilan daripada mu..
KEKASIH SEJATI: setiap detik akan menghubungi kamu..
KEKASIH BIASA: melihat semua yg telah dia korbankan untuk mu
KEKASIH SEJATI: melihat semua yg telah kamu korbankan untuk dirinya..
KEKASIH BIASA: ingin kamu di samping menemaninya selalu..
KEKASIH SEJATI: sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya..
KEKASIH BIASA: selalu bertanya kepada kamu,mengapa kamu buat dia bersedih..
KEKASIH SEJATI: selalu bertanya pada dirinya sendiri..apakah dia selalu membuat kamu bersedih.
KEKASIH BIASA: berfikiran bahawa perpisahan adalah cara terbaik menyelesaikan masalah.
KEKASIH SEJATI: berfikiran bahawa perpisahan bukanlah penyelesaian terbaik..dan dia akan berusaha untuk menyelamatkan hubungan dengan menggunakan alternatif lain..
KEKASIH SEJATI hanya akan meredhakan perpisahan setelah sgala usaha untuk mengharmonikan semula hubungan telah gagal...andai perpisahan itu mampu membuatkan pasangannya lebih bahagia..dia terima perpisahan itu dengan hati yang terbuka..walaupun perpisahan itu menyakitkan dirinya..!!
KEKASIH SEJATI: sangggup berhadapan dengan kekecewaaan, asalkan kekecewaan yg dialaminya itu mampu memberi kebahagiaan kpd kamu..sanggup menanggung penderitaan,& kesengsaraan, asalkan kamu bahagia..kebahagiaannya adalah setelah melihat kamu bahagia...
CINTA SEJATI..Tak Bertambah Disebabkan Kebaikan..Tak Berkurang Disebabkan Keburukan..
CINTA SEJATI..Sukar Ditemui..Tetapi Tak Mustahil Untuk Dimiliki..
Saya pun tatahu di mana letaknya saya ni..
Sejati atau biasa sahaja di pandangan mata dia..
Apa yang saya buat semua untuk dia, adakah dia perasan?
Susah untuk saya mengekpresi jiwa cinta ini, kadang kadang ianya harmoni, dan pada suatu ketika, segalanya serba tak kena..
Eh, terjiwang pulak, jangan muntah oki!
PiPi@sayabudakkurus™
- terima kasih pada yang sudi membaca, yang sudi mengikuti blog ni, dan yang sudi bertukar tukar idea dengan saya, terima kasih semua! -
Nov 6, 2010
Behind "I Love You"
lama tak berblog..
intro pon dah tak betul..
ok ok..
terus ke tajuk sebenarnye ye..
Ada ke orang yang ucapkan I Love You pada orang yang dibenci? Sudah pasti tidak bukan. Kalau dengan orang yang dibenci, mesti kita mencemuh dia seboleh yang mungkin. Itu kalau mereka yang panas baran la. Habis semua ayat-ayat cemuhan dilemparkan disebabkan terlalu marah dan benci pada seseorang itu. Kalau boleh, semua perkataan-perkataan negatif yang ada dalam kamus nak diberikan pada orang itu.
Tetapi ianya berbeza dengan I Love You ini. I Love You ini sangat unik. Kita tidak akan ucapkan ia pada orang lain selain orang yang kita sayang. Orang yang kita sayang itu tidak semestinya hanya pada kekasih kita sahaja, ia termasuklah dengan ibu bapa kita, adik beradik kita, anak-anak, kawan-kawan dan orang-orang yang kita sayang.
Adalah amat pelik sekiranya I Love You ini diberikan sesuka hati pada orang lain. Tidak ada keunikan sekiranya I Love You ini mudah diperolehi. Oleh itu, janganlah kita mempermainkan ungkapan I Love You ini atau Aku Cinta Padamu dengan sesuka hati. Kerana, andai tersilap ungkap, mungkin kita secara tidak sengaja mengecewakan hati seseorang itu.
PiPi@sayabudakkurus™
- diceduk dari extended blog, err bukan extended sepatutnya, abandoning blog -

