Sep 28, 2013

Jangan Pergi

Assalamualaikum..
Selamat pagi (sebab mengarang jam 4 pagi waktu Malaysia)..
Rasa sangat lah lama tak menaip/menulis entri blog..
Rasa sengaja abai pun ada..
Penulis penulis lain pun da kurang mengarang atau dah tak mengarang langsung..
Impak dari media sosial rasanya sebab aplikasi yang mereka tawarkan merangkumi semua benda dan penyampaian yang tersangat terus berbanding BLOG!
Saja caps lock dan saja juga lah nak kaitkan dengan tajuk kat atas..

Tiap manusia di cipta berpasangan cuma yang berbeza kekal bersama ke akhirnya atau sebaliknya atau kedua dua nya sekali..
Jangan pergi..
Macam tajuk lagu je kan tapi ni bukan dan ini realiti..

Nak sayang orang memang senang tapi nak dapatkan sayang dari orang tersangatlah susah..
Kadang kita dah cuba ke tahap yang terlampau baik pun belum pasti orang yang kita sayang akan sayang kita balik..
Mungkin ini cerita yang saya hadapi atau cerita korang yang tengah baca entri ni..

Rasa terpukul tak bila orang yang selalu kita dahulukan yang selalu kita sanjung tak pernah anggap kita pernah hadir dalam hidup dia..
Mungkin bagi dia kita sekadar sesuatu peristiwa yang hadir sementara dalam hidup dia..
Mesti la korang terpukul tersentap dan sebagainya kan..
Tapi bila orang dah cakap macam tu, sendiri faham la kan..
Tak perlu nak meratap merayu..
Sebab itu pilihan dia..

Jangan pergi?
Hurmm..
Susah kan bila ada orang dengan mudah mahu pergi dari hidup kita..
Bahasa kasar bagi yang sedang bercinta tu "Clash"
Bahasa puitis pulak, "Pergimu tiada pengganti"
Hahaha, dah macam institut kaji bahasa je entri kali ni..

Cerita ni sengaja di gantung..
Sebab terasa nak menaip lagi..
Jumpa lagi!

blogger-emoticon.blogspot.com
PiPi@sayabudakkurus™
- terima kasih pada yang sudi membaca, yang sudi mengikuti blog ni, dan yang sudi bertukar tukar idea dengan saya, terima kasih semua! -

Sep 7, 2013

Skin Upload Testing



Don't freak out guys girls or granny..
This just my little beta testing..
Not a full story..
Sorry and see ya~

Feb 3, 2012

Selamat Tinggal Sxanoo Studio

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
wow, terasa berabad tak berblog..
hahaha!
saje je..

ok ok..
back to root back to title..
Sxanoo Studio..
ape tu, ape benda tu, ape kejadahnya itu..
sabar sabar, tu nama kompeni kecilan saya je..

huh?
siapa saya? siapa siapa?
saya budak kurus la, tanya lagi, pekkk~

kenapa selamat tinggal?
hurm, sebab kompeni kecil tu da di tutup..
jadinya dah takde la produk ataupun servis dari kami lagi..
banner, poster, editing, remixing, accoustic-ing, repainting, repairing, consulting bla bla bla..
haa~~
takde da, tu semua da jadi sejarah, jadi timeline je, hue~

amek ni jadi tatapan jadi pedoman jadi ingatan!
kalau suka dan tepakai, jangan lupa kredit :)

ape jadi sekarang?
tak jadi ape ape lah..
cuma tinggal CGs.Gaming je lah @ htttp://www.facebook.com/CGs.Gaming
sesisa baki dari Sxanoo Studio..

jadinya..
bermula 1 Februari 2012..
takde lagi da Sxanoo Studio..
tamat sudah 3 tahun beroperasi..
sobbb~

setahun tak update blog rasenye ni je yang na tulis..
SOPA PIPA all killed me u know u know..
haih, amek job sana sini pun kena tipu jugak, takpe takpe, tunggu situ status MSC (tabah-tabah tungguu)

yokeyy lah..
tu je la rase na tetulis, icon icon comel semua ilang, noob hoster betol, grr~!

PiPi@sayabudakkurus
- sekalung terima kasih pada sesetengah individu yang banyak membantu dan memajukan Sxanoo Studio, dan tak lupa pada klien klien yang masih menggunakan thmes blog dari kami, sangat sangat terima kasih -
- haish, lupa pulak, cheese cake sedap sebab baru baru ni besday saya, oh ohooo~ -

Aug 12, 2011

Puasa sudah..

salam ramadhan semua


PiPi@sayabudakkurus™

- update blog? senarai penulis kurang? tiada bahasa yang mampu menjawab, biar tuhan sahaja yang tahu -

Apr 20, 2011

"Single.."

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single SANGAT SERONOK !!!


1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantik/seram meremang/komedi tahap guling guling seorang diri atau ke salun kecantikan/kedai games. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah salun ke kedai gunting mamak ke dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend/girlfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola/futsal atau bersama girlfriend ke pusat membeli belah boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.


3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend ataupun anak teruna yang mempunyai girlfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.


4. Buat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru, mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.


5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.


6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend/girlfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impressi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend/girlfriend anda.


Macam banyak lagi, tapi tu je la 6 tips yang di ambli dari tentangcinta.com, sedikit olahan karya untuk buat post nampak menarik dibaca.


Rasanya macam banyak je bila single ni, poket penuh, boleh cuci cuci mata (ehee~)


Yang tak seronok bila 1 rutin harian dah takde macam; pesanan ringkas/panggilan telefon "morning~~"


Mozilla 4 memang teruk oke biarpun cantik wekwekwek~ tapi telah mematikan IDM (mari curik flv!) dan icon icon comel blog nih grr~


< copy paste entry lama!!

PiPi@sayabudakkurus™